Nabi Muhammad saw tentunya lebih faham AlQuran dari kita selepas 1400 tahun lebih..dan para ulamak tentulah mempelajari dari Nabi saw melalui para sahabat, tabiin, tabiit tabiin..para ulamak

Kalau kita tolak ulamak..bermakna kita tak yakin selama ini ilmu tentang agama Islam turun temurun termasuk AlQuranul Kariim adalah dari para ulama juga yg waris ilmu itu dari Nabi saw melalui para sahabat ridwanullahi alaihim ajmain.

Penulisan tentang ilmu Islam termasuk AlQuran dan AlHadis tidak bermula hanya selepas 150 tahun Nabi saw wafat. Itu adalah kata-kata para orientalis barat yg cuba utk menyesatkan umat Islam. Sebenarnya ia telah lama bermula semenjak dari zaman Nabi saw lagi.

Dimana Zaid Bin Tsabit r.a seorang sahabat Nabi saw yg pandai menulis dan banyak kali berdampingan dgn Nabi saw mengetuai penulisan semula AlQuran atas arahan Khalifah Abu Bakar AsSiddiq r.a dimana dikumpulkan semua penulisan AlQuran dari pelepah tamar, tulang, kain(pakaian), kulit-kulit binatang dan sebagainya itu.

Tentang penulisan AlHadis pula

a. Adalah para sahabat yg alim lagi masyhur yg telah mengusahakannya dimana para sahabat disamping mereka menghafal hadis ada juga diantara mereka mempunyai penulisan mereka secara peribadi adalah 10 sahabat yg dijanjikan syurga iaitu

1. Sayyidina Abu Bakar AsSiddig r.a
2. Sayyidina Umar AlKhattab r.a
3. Sayyidina Othman Bin Affan r.a
4. Sayyidina Ali Bin Abi Talib r.a
5. Talhah Bin Ubaidillah r.a
6. Zubair Bin Al Awwaam r.a
7. Abdul Rahman Bin Auf r.a
8. Sa'ad Bin Abi Waqqas r.a
9. Sa'id Bin Zaid r.a
10. Abu Ubaidah Aamir Bin Al Jarrah r.a

b. Para sahabat yg banyak ilmu tapi kurang masyhur seperti

11. Dhiman Bin Tha'labah
12. 'Akasyah Bin Muhsin

c. Para sahabat yg memberi jaminan tentang persahabatan dgn seorang sahabat contohnya

13. Abu Musa AlAsyaari r.a beliau bersahabat dgn
14. Hamamah Bin Aldausi r.a

d. Para sahabat dari golongan pertama yg beriman dgn Rasulullah saw sebagai contohnya

15. Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid r.ha
16. Ummul Mukminin Aisyah Binti Abu Bakar As Siddiq r.ha
17. Isteri-isteri lain Nabi saw
18. Penghuni rumah Nabi saw spt Zaid Bin Haritsah
19. Bilal Bin Rabah r.a

Para sahabat sentiasa mendengar dan menerima hadis sama seperti mereka menerima AlQuran. Mereka sentiasa mendapat bimbingan dari ArRasul saw. Para para sahabat sering berhubung rapat dgn Rasulullah saw semenjak turunnya wahyu sehingga ada diantara mereka tinggal bersama Nabi saw. Mereka mendapat ilmu melalui apa yg dilihat dari:

1. Gerak geri atau kelakuan Nabi saw
2. Didengar apa yg Nabi saw sabdakan
3. Ikrar-ikrar yg diputuskan

Baginda mengkhususkan waktu-waktu yg tertentu bagi mengajar para sahabat..malah mereka sentiasa mendampingi Rasulullah saw dimana sahaja Baginda saw berada...ada yg menghafal, ada yg mencatat..bahkan mereka memeriksa antara satu sama lain dan bertukar-tukar maklumat demi utk menjaga kesahihan ayat Quran maupun AlHadis

Para sahabat sering bergilir-gilir menghadiri majlis ilmu Rasulullah saw...mereka mempunyai halaqah-halaqah mereka sendiri..kerana ada diantara mereka sibuk dgn urusan dan pekerjaan atau perniagaan masing-masing lalu membuat giliran dan bertukar-tukar penulisan atau nota mereka serta memeriksa hafalan masing-masing.

Mana yg hadir akan memberitahu yg tidak hadir samada secara mulut yakni menghafaz atau menunjukkan penulisan atau nota mereka. Baginda Rasulullah saw menerangkan secara terperinci dan detail bagi setiap ayat yg turun dan menerangkan hukum-hakam yg berkenaan dgn sesuatu atau sekumpulan ayat AlQuran..dan apa yg Rasulullah saw sebut atau isyaratkan tentunya menjadi hadis Nabi saw berkenaan sesuatu ayat atau yg kita istilahkan sebagai Asbab AnNuzul dan tafsir AlQuran.

Segala ayat AlQuran dan apa yg Nabi saw lafazkan didengar dgn teliti dan dihafazkan oleh para sahabat diamalkan dan ramai sahabat yg menjadi tukang catat Hadis

e. Para sahabat yg ditugas mencatat AlHadis termasuk:

20. Abdul Rahman Bin Sakhar r.a [tahun 19 sebelum Hijrah - 57 Hijrah] atau lebih dikenali dgn panggilan Abu Hurairah telah meriwayatkan sebanyak 5,374 bilangan Hadis (Puak anti hadis sering menghina dan memfitnah beliau sebagai pendusta)

21. Abdullah Bin Umar r.a [Tahun 10 sebelum H - 73H] atau lebih dikenali sebagai Ibnu umar telah meriwayatkan 2,630 Hadis

22. Anas Bin Malik r.a [Tahun 10 sblm H - 93 H] telah meriwayatkan 2,286 Hadis

16. Aisyah Binti Abu Bakar Ummul Mukminin r.ha [Tahun 9 sblm H - 68 H] telah meriwayatkan sebanyak 2,210 Hadis.

23. Abdullah Bin Abbas r.a atau lebih dikenali sebagai Ibnu Abbas [Tahun 33 sblm H - 68 H] telah meriwayatkan sebanyak 1,660 Hadis.

24. Jabir Bin Abdullah AlAnsari r.a [Tahun 16 sblm H - 78 H] telah meriwayatkan sebanyak 1,540 Hadis

25. Sa'ad Bin Malik Bin Sinan r.a atau lebih dikenali sebagai Abu Sa'id alKhudri [Tahun 12 sblm H - 74 H] telah meriwayatkan sebanyak 1,170 Hadis.

Sebenarnya periwayatan hadis ini menurut ulama adalah dgn cara tabaqat atau peringkat-peringkat.

wallahu a'lam

Rujukan
Kedudukan AlSunnah dlm Islam. Diusahakan oleh Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Cetakan Pertama 1987.


0 comments: