Allah swt berfirman dlm AlQuran ayat 21 Surah AlAhzab

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١)

yg bermaksud:"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Rasulullah itu adalah contoh tauladan .... kalau tak terima hadis, bererti menolak sunnah Nabi saw, maka jadilah mereka itu mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka semata-mata sebagai ikutan mereka, dan bukannya mereka mengikuti Rasulullah saw lagi. Kalau mereka ikut Rasululah saw maka mereka perlu menerima dan belajar dari kitab para ulama.

Contoh paling utama ialah sunnah Nabi saw tidak sekutukan kitab Allah dengan kitab-kitab lain. Kitab lain disini bermaksud kitab yg bertentangan dgn ajaran Islam, atau kitab-kitab yg bertentangan dgn ajaran Nabi saw.

Yg disalahfahamkan oleh puak antihadis adalah kitab-kitab mereka ambil maknanya secara semberono. Mereka menganggap semua kitab-kitab..habis kitab-kitab yg guru-guru antihadis ni buat bagi menerangkan teori hypothesis dan hujjah mereka ..kenapa pula pengikut mereka boleh baca? Inilah yg anihnya. Peliknya..kitab ulama mereka taknak baca ..tapi kitab guru-guru mereka yg penuh dgn salah faham terhadap hadis boleh pulak mereka baca.

Kalau kitab-kitab para ulama yg menulis bagi menjelaskankan kedududukan ajaran Alhadis didalam agama Islam dan ajaran Nabi saw iaitu bagi menerangkan secara terperinci tentang sunnah Nabi saw..tentang apa yg Nabi lakukan semasa hayat Baginda saw maka bererti juga kitab-kitab tersebut menerangkan secara terperinci maksud-maksud AlQuran dan juga Nabi saw sebagai contoh tauladan yg perlu malah wajib diikuti..Bagaimana nak ikuti kalau tiada ilmu terntang itu..apakah cukup hanya membaca AlQuran???? AlQuran dlm bahasa Arab..kenalah belajar Bahasa Arab dahulu serba sedikitnya untuk mengetahui makna perkataan dan istilah dalam ayat-ayat AlQuran dan selepas itu barulah boleh belajar ilmu sebab turunnya ayat AlQuran dan ilmu Tafsir. Ilmu tajwid juga wajib kita pelajari supaya kita boleh baca AlQuran dan sebut secara betul dan baca secara tartil..sebagaimana yg dituntut oleh Allah swt supaya baca AlQuran dgn tartil iaitu...

وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً (٤)

Bermaksudnya: dan bacalah AlQuran dengan tartil

Maka Kitab-kitab para ulama yg menyeru dan mendukong ajaran AlQuran dan ajaran Nabi sawlah yg patut kita baca.

Sememengnya Nabi saw seratus peratus berpandukan AlQuran..akan tapi sebab para sahabat bukannya setaraf Nabi saw dan para sahabat adalah anak murid Nabi saw dan juga kerana nabi saw adalah Pesuruh Allah malah kekasih Allah swt..maka apalah kita semua nak dibandingkan dgn para sahabat maupun tabiin?? Lagi jauh kedudukan kita

Jadi apa saja kata Nabi saw mereka tulis dan rekod serta bukukan..dan sememangnya pembukuan sunnah atau alhadis telah berlaku semenjak zaman Rasulullah saw hidup lagi

Kalau tak ikut Nabi bererti menolak AlQuran. Para ulama memgarang kitab-kitab adalah semata-mata bagi menerangkan AlQuran dan juga AlSunnah serta Siirah Nabawiyyah.

Rasulullah saw sememangnya solat 5 waktu, itulah yang Rasulullah saw lakukan di Makkah lebih 1400 tahun dahulu, proses itulah yang berterusan sehingga sekarang. Mana ada solat 3 waktu..yg solat 3 waktu sahaja adalah mereka yg telah salah faham terhadap isi kandungan AlQuran itu sendiri.

Tak munasabah, malah tidak ada dalam sejarah, wujudnya keadaan dimana umat Islam solat sehingga sekarang 3 waktu. Tak ada orang Islam bersolat 3 waktu sahaja....malah sehingga sekarang umat Islam bersolat malah bertawaf dalam Masjidil Haram..ikut dan belajar cara nabi saw melalui kitab-kitab para ulama juga.

Tidak pernah pun ada pihak kristien ataupun mana-mana musuh Islam melaporkan bahawa diMakkah maupun diMadinah pernah terdapat dimana ada umat Islam mengerjakan solat hanya 3 waktu sehari semalam saja.

Sebenarnya ini adalah alasan Kassim Ahmad dan puak anti hadis bahawa untuk mendirikan solat tidak memerlukan kitab hadis...itu adalah salah faham dia dan pengikutnya saja terhadap tuntutan AlQuran itu sendiri..maka sebab itu AlQuran menuntut kita belajar hadis supaya kita faham AlQuran.

Apakah utk mempraktikkan solat itu tak payah berilmu? Apakah hanya cukup dengan hanya melihat bagaimana orang bersolat 5 waktu sehari semalam dalam mana-mana masjid termasuk di Masjidil Haram? Sudah tentu jawapannya tidak...pastilah kita kena belajar cara-cara solat yg sebenarnya ..jadi utk solat atau menunuaikan fardu haji amat perlulah belajar dari kitab-kitab yg ditulis para ulama bagaimana kita nak mempraktikkan solat atau haji atau amalan yg lain...supaya kita lakukan amalan itu bukan dgn taklid buta ..yaitu ikut-ikut saja..seperti halnya bebudak kecil atau kanak-kanak..tapi bila dah dewasa kita kenalah faham apa yg kita lakukan itu ...iaitu dgn belajar supaya bila kita lakukan solat atau tunai haji kita faham apa yg kita lakukan..bukannya sembrono macam puak anti hadis.

Kesudahanya dapatlah kita tahu puak anti hadis ini mengucap dua kalimah syahadahpun tak mahu apatah lagi membaca AlQuran dgn tartil. Mereka hanya mahu takwil saja ayat Quran

0 comments: